Saturday 25 October 2014

Golongan yang perlu dan tidak perlu dimandikan

Syarat-syarat mayat yang perlu dimandikan :

1.Mayat itu seorang Islam
2.Ada tubuhnya walaupun sedikit
3.Meninggal bukan kerana mati syahid

Jenazah haram dimandikan :

1.orang mati syahid – iaitu orang yang mati de medan perang untuk menegakkan/membela agama Allah dan mayat ini haram pula disolatkan
2.orang kafir dan munafik – kafir ialah orang yang terang-terangan mengingkari ajaran Islam, sedang munafik ialah orang yang lahirnya beragama Islam tetapi batinnya memusuhi Islam.

HIKMAH MENGEBUMIKAN JENAZAH

HIKMAH MENGEBUMIKAN JENAZAH

•Supaya tidak dimakan binatang buas.
•Supaya tidak berbau.
•Memuliakan jenazah.

Hikmah Solat Jenazah

HIKMAH SOLAT JENAZAH
•Memberikan penghormatan kepada si mati.
•Menimbulkan Keinsafan
•Memohon rahmat Allah SWT untuk si mati.
•Mengeratkan silaturahim dengan keluarga si mati.

Keperluan untuk memandikan jenazah

Persediaan dan keperluan untuk memandikan Jenazah 
  1. Sediakan tempat mandi.
  2. Sabun mandi.
  3. Air daun bidara.
  4. Air bersih.
  5. Sugi - 7 batang.
  6. Sarung tangan - 3 atau 5.
  7. Sedikit kapas.
  8. Air kapur barus.
  9. Baldi serta gayong.
Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafan mayat telah disediakan seperti :
  1. Kain putih (bidang 45")  - 20 meter bagi dewasa
  2. Gunting
  3. Kapas
  4. Cendana
  5. Kapur barus
  6. Air mawar
  7. Minyak wangi (Minyak Attar)
  8. Tikar jerami
  9. Bantal (dari daun pandan)
  10. Tempat mandi yang khas.

Kaifiat Solat Jenazah

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :

++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.

++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"

++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"

++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad

++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
  • ++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
  • ++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
  • ++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
  • ++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)


4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar" ++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan dan kiri

Golongan Yang bertanggungjawab Mandikan Jenazah

Orang yang berhak menguruskan Jenazah  ~~~
Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.
Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

  1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.
  2. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.
    Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor.
  3. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.
  4. Menentukan bilal untuk memandikan mayat.
  5. Urusan menggali kubur.
  6. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.
  7. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
  8. Ucapan takziah.

Cara Kafan Jenazah Perempuan

Pastikan pada lapisan kain kafan paling bawah ialah lima utas tali yang diperbuat dari kain yang telah dicarikkan sewaktu menyediakan kain kafan tersebut.
1.Tali di bahagian hujung kaki.
2.Tali di bahagian lutut.
3.Tali di bahagian pinggang (pusat).
4.Tali di bahagian dada.
5.Tali di bahagian hujung kepala.

•Lakukan sebagaimana menguruskan mayat lelaki. Sementara kain telekung hendaklah dipakaikan.*
•Lapisan yang lebar ialah yang berukuran tinggi (panjang mayat) dengan dilebihkan 2 kaki di bahagian kepala (untuk mengikat hujung kepala nanti) dan 2 kaki di bahagian hujung kaki (untuk mengikat hujung kaki)