Friday 24 October 2014

Adab-Adab Menziarahi Jenazah

  • Dilarang orang-orang yang menziarahi keluarga yang baru ditimpa kematian hadir di tempat rumah tersebut dengan bergurau senda dengan teman-teman yang lain. Tidak digalakkan meninggikan suara ketika berbual-bual. Perkara ini mungkin akan menyinggung perasaan keluarga tersebut. Hormatilah ahli keluarga jenazah yang bersedih. Mereka tidak mungkin akan faham kenapa orang lain masih boleh tersenyum dan ketawa apabila mereka sedang berduka. Kita haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut perkataan, 

  • “Semoga Allah menambahkan ganjaran pahala kamu, dan memperbaiki kedudukan kamu serta mengampunkan dosa ahli keluarga kamu yang baru meninggal.”



  • Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca surah Yasin seperti yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud,“Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca surah Yasin.” (Hadis riwayat Abu Daud)

  • Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan Allah SWT dengan mengucapkan “Allahummaghfirlahu warhamhu” ertinya, “Ya Allah, ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya.”

  • Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian atau menyediakan makanan untuk keluarga si mati. Digalakkan agar menghulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.

  • Makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli keluarga tersebut. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.

  • Melahirkan perasaan dukacita kepada waris di atas kembalinya ke rahmatullah.

  • Mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan perasaan dukacita keluarga jenazah.

  • Mengingatkan keluarga jenazah dengan kesabaran di atas ujian Allah.

  • Tidak menceritakan aib jenazah.

  • Disunatkan membanyakkan membaca al-Quran dan berdoa sebelum jenazah dikebumikan.

  • Segerakan pengurusan jenazah.

  • Sembahyangkan jenazah dan mengiringinya ke kubur.
  • No comments:

    Post a Comment