Friday 24 October 2014

Cara-cara Pengebumian Jenazah

  1. Hendaklah diturunkan jenazah seberapa cermat yang boleh, lemah-lembut dan penuh hormat di dalam suasana tenang.
  2. Letakkan jenazah ke dalam liang lahad dan baringkan di atas lambung kanan dengan mengadap kiblat.
  3. Disandarkan mayat dengan ketulan tanah supaya jenazah itu tidak terbalik atau terpesong dari kiblat.
  4. Tutup liang lahad dengan papan.
  5. Sunat meraub tanah tiga raub selepas mayat dimasukkan ke dalam liang lahad atau selepas ditutup dengan papan dan diletakkan di belakang mayat.Ketika rauban pertama bacalah: منها خلقناكم .Pada rauban kedua وفيها نعيدكم dan pada rauban ketiga ومنها نخرجكم تارة اخرى
  6. Timbuskan tanah dengan perlahan-lahan dan cermat. Pastikan supaya tanah tidak memasuki liang lahad tadi.
  7. Sunat meninggikan kubur sekadar sejengkal dari paras bumi.
  8. Sunat diletakkan tanda seperti batu nisan dan sebagainya supaya senang dikenali.

No comments:

Post a Comment